• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Fatwa Rabitah Sufiah

Fatwa Rabitah Sufiah

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-73/2025

27-28 APRIL 2025 / 28-29 SYAWAL 1446

                               Bil. 2/73                                  TAHUN 2025                                

 

FATWA RABITAH SUFIAH

Zikrullah bertujuan mengingati Allah semata. Maha suci Allah dari sebarang syirik atau bayangan makhluk. Amalan rabitah yang diamalkan oleh pengikut ajaran yang menyeleweng iaitu membayangkan wajah guru ketika berzikir merupakan amalan yang sesat dan boleh membawa kesan yang buruk kepada kehidupan seseorang. Ini kita dapat saksikan dengan wujudnya sebahagian guru tarikat yang mengambil kesempatan ke atas murid mereka yang selalu membayangkan wajah mereka terutama dalam kalangan kaum wanita.

Melihat wajah seseorang, sesuatu ciptaan atau kejadian yang dapat mengingatkan kita kepada Allah disebabkan perkara yang berkaitan adalah berbeza dengan berusaha menghadirkan wajah seseorang yang tiada di hadapannya ke dalam fikiran. Hal yang pertama berlaku secara tabi’e atau pertalian sebab dan musabab yang memang wujud dalam kehidupan. Adapun hal yang kedua, ia sesuatu yang tidak wujud tetapi diada-adakan dalam fikiran disebabkan kepercayaan yang salah.

Apa yang lebih penting ialah, amalan rabitah seperti itu tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW, para khulafa dan generasi salaf. Tiada dalam kalangan mereka yang memerintahkan orang lain agar membayangkan wajah mereka ketika melakukan zikrullah.

Pengamal rabitah ini akhirnya akan menghilangkan Allah dalam ingatan mereka dan diganti dengan makhluk iaitu guru yang mereka bayangkan. Maka itu tidaklah menjadi zikrullah sebaliknya ia menjadi mengingati syeikh yang mereka sucikan yang menggantikan tempat Allah dalam berzikir. Hal ini merupakan bidaah dhalalah yang boleh membawa kepada kesyirikan.

- TAMAT -

 

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  6. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  8. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  9. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  11. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  12. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2025 pada 26 Mei 2025.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.39 saat    Kemaskini :  26/9/2025