Fatwa Pencemaran Alam Sekitar

 

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA

NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 2016

9-10 Jamadil Awwal 1437H

 

FATWA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

 

Islam adalah agama yang memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan alam. Tujuan syariah itu sendiri juga menegakkan maslahah dan mengelakkan mafsadah. Maka Jawatankuasa Fatwa Perlis dengan ini menyatakan:

Apa-apa perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudharatan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah haram, kecuali jika terdapat maslahah muktabar yang lebih besar atau mengelak mafsadah yang nyata.

Setiap muslim wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa-apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar yang merosakkan kehidupan dan mengganggu secara langsung ekosistem. Sebarang usaha bagi menjaga alam sekitar adalah perbuatan yang digalakkan oleh agama dan merupakan amalan soleh.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 313
Semalam 1175
Minggu Ini 2745
Bulan Ini 18581

Keseluruhan 3357764

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  12/11/2025