KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-72/2025
24-25 FEBRUARI 2025 / 25-26 SYA’BAN 1446
Bil. 3/72 TAHUN 2025
PANDUAN MEMBACA AL-QURAN SECARA SUARA SERENTAK
- Pada asalnya al-Quran tidak dibaca dengan suara serentak secara berjemaah. Namun bacaan dengan suara serentak dibolehkan jika bertujuan untuk belajar dan mengelokkan bacaan seperti seorang membaca dan diikuti oleh orang lain, atau mereka yang mahir sama-sama membaca bagi tujuan hafazan.
- Untuk mengelakkan salah faham bahawa bacaan al-Quran dengan suara serentak merupakan satu tuntutan dalam agama, maka hendaklah tidak dilakukan secara berterusan tetapi diselang-seli supaya tidak dianggap sebagai ketetapan syariat.
- Dalam masa yang sama bacaan al-Quran secara serentak dengan tujuan yang dinyatakan adalah dilarang jika menyebabkan salah satu atau lebih perkara berikut:i.
i. Kesalahan bacaan seperti melangkau perkataan atau sebutan yang salah.
ii. Mengganggu mereka yang sedang beribadah di masjid seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau berdoa. Maka hendaklah dipilih
pada waktu yang tidak mengganggu ibadah pihak lain
iii. Menyebabkan masyarakat menyangka bahawa membaca ayat atau surah al-Quran secara suara serentak mempunyai fadilat khusus..
- Adapun berhimpun di masjid atau mana-mana tempat yang yang sesuai untuk membaca al-Quran dan mempelajarinya merupakan sunnah yang digalakkan.
- TAMAT -
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2025 pada 20 Mac 2025.