KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-71/2024
6-7 DISEMBER 2024 / 4-5 JAMADIL AKHIR 1446
Bil. 6/71 TAHUN 2024
BILANGAN TALAK BAGI WANITA YANG DIKAHWINI SEMULA SETELAH BERKAHWIN DENGAN SUAMI LAIN SEBELUMNYA
Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya lalu berkahwin dengan lelaki lain serta berlaku persetubuhan, kemudian bercerai atau suaminya meninggal dunia dan berkahwin semula dengan suami terdahulu, maka jumlah bilangan talak bagi perkahwinan mereka yang lepas adalah luput (al-Hadam). Ini tanpa mengira sama ada talak sebelumnya satu, dua atau tiga, semua itu tidak lagi diambil kira.
Jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki lain setelah perceraian, kemudian berkahwin semula dengan bekas suami, maka baki bilangan talak yang lepas adalah kekal.
-Tamat-
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1 / 2025 pada 16 Januari 2025.