Kelebihan Beristighfar Menurut Imam al-Hasan al-Bashri RH
(Oleh : Ustaz Hanafy bin Zakariya (Pegawai Mubaligh)
Imam al-Qurthubi RH meriwayatkan daripada Ibnu Shubaih (صُبَيْحٍ) RH, bahawasanya dia berkata:
.شَكَا رَجُلٌ إِلَى الْحَسَنِ الْجُدُوبَةَ فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ
وَشَكَا آخَرُ إِلَيْهِ الْفَقْرَ فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ
وَقَالَ لَهُ آخَرُ. ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَرْزُقَنِي وَلَدًا، فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ
،وَشَكَا إِلَيْهِ آخَرُ جَفَافَ بُسْتَانِهِ
.فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ
Ertinya: “Seorang lelaki mengadu kepada al-Hasan al-bashri RH tentang kemarau, maka al-hasan al-Bashri berkata kepadanya: Beristighfarlah (mohonlah keampunan) kepada Allah.
Orang lain mengadu kepada beliau tentang kefakiran, beliau berkata kepadanya: ‘Beristighfarlah (mohonlah keampunan) kepada Allah. Orang lain pula berkata kepada beliau, berdoalah kepada Allah agar Allah mengurniakan kepadaku anak. Beliau RH berkata kepadanya: ‘Beristighfarlah (mohonlah keampunan) kepada Allah. Seorang lagi mengadu kepada beliau tentang kekeringan yang menimpa tanamannya, beliau Rh berkata: ‘Beristighfarlah (mohonlah keampunan) kepada Allah’.
Ibnu Shubaih berkata:
:فَقُلْنَا لَهُ فِي ذَلِكَ؟ فَقَالَ
Maka kami bertanya kepada beliau tentang perkara tersebut, maka beliau RH berkata:
مَا قُلْتُ مِنْ عِنْدِي شَيْئًا، إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ فِي سُورَةِ" نُوحٍ": اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كانَ غَفَّاراً. يُرْسِلِ السَّماءَ عَلَيْكُمْ مِدْراراً
Aku tidaklah berkata demikian dari diriku sendiri, sesungguhnya Allah SWT telah berfirman surah Nuh:
فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارٗا ١٠
يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارٗا ١١
وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّٰتٖ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡهَٰرٗا ١٢
Maksudnya: "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Nuh, 71: 10-12)