• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH

           Antara keluasan rahmat Allah SWT kepada para hamba-Nya adalah Dia mengurniakan kepada kita waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihan berlipat kali ganda berbanding di waktu-waktu yang lain. Antaranya adalah di 10 awal Zulhijjah,

          Allah SWT telah mengisyaratkan kelebihan waktu ini di dalam al-Quran, melalui firman-Nya dalam Surah al-Fajr ayat 1& 2:

“Demi waktu Fajar, dan malam yang sepuluh”

          Malam sepuluh yang dimaksudkan dalam ayat ini merujuk kepada 10 hari di awal Zulhijjah yang merupakan sebuah tempoh waktu yang penuh berkah, yang perlu dihiasi dengan pelbagai amal ibadat, dan ketaatan, serta kepatuhan kepada Allah SWT.

           Hal ini kerana, dalam tempoh waktu ini, telah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat agung yang tidak terdapat di bulan yang lain, antaranya adalah ibadat haji. Pada ketika ini, para tetamu Allah telah memenuhi bumi Makkah al-Mukarramah bagi menyahut panggilan Ilahi, serta mereka akan berwukuf di padang Arafah pada 9 Zulhijjah untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah dengan penuh kesungguhan dan pengharapan.

            Manakala, Pada hari ke-10 pula, para tetamu Allah ini melaksanakan kebanyakan manasik haji, seperti melontar di jamrah, tawaf, menyembelih haiwan ternakan, bercukur, dan seumpamanya.

          Ketahuilah kita, Sesungguhnya Kebesaran 10 awal Zulhijjah ini tidak terhad kepada jemaah haji sahaja, bahkan kelebihan ini juga meluas kepada seluruh umat Islam.

          Oleh itu, bagi yang tidak menunaikan ibadah haji pada tahun ini, jangan risau, kita masih lagi berpeluang melaksanakan pelbagai amalan soleh pada tempoh ini kerana ia merupakan detik-detik yang paling dicintai disisi Allah SWT. Bahkan, Kelebihan ini telah disebutkan di dalam hadis nabi, Rasulullah SAW, sabdanya:

مَا من أيَّامٍ العَمَلُ الصَّالحُ فِيهِنَّ أحَبُّ إلى اللهِ من هذِهِ الأيَّامِ العَشْرِ، فقالُوا: يَا رسُولَ اللهِ، ‌وَلا ‌الجِهَادُ في سَبيلِ اللهِ؟ فقال رَسولُ اللهِ: "‌وَلا ‌الجهَادُ في سَبيلِ الله، إلَّا رَجُلٌ خَرجَ بِنَفْسهِ وَمَالهِ، فلم يَرْجِعْ من ذلكَ بِشَيْءٍ"

“Tiada hari-hari yang dilaksanakan amalan soleh padanya, yang lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari sepuluh. Para sahabat bertanya: wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah? Rasulullah SAW menjawab: tidak juga jihad di jalan Allah! Melainkan jika seseorang keluar berjihad dengan diri dan hartanya, namun tidak kembali lagi (yakni syahid)”.

          Oleh itu, jelaslah kita bahawa amalan soleh dalam 10 awal Zulhijjah ini merupakan amalan-amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang tidak patut dilepaskan ianya berlalu begitu sahaja.

          Hiasilah di hari-hari 10 awal zulhijjah ini dengan pelbagai amal soleh, seperti berpuasa sunat, bersedekah, berqiyamullail, membaca al-Quran, berzikir, bertakbir, bertahmid, berdoa, dan  menyembelih korban bagi yang mampu dan pelbagai lagi amal soleh yang lain yang boleh kita laksanakan di dalam tempoh ini.

            Akhir kata, jika kita tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Jadikan 10 hari awal Zulhijjah ini selayaknya sebagai hari-hari yang disukai oleh Allah SWT, jangan jadikan hari-hari ini berlalu begitu sahaja tanpa sebarang usaha.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 82
Semalam 581
Minggu Ini 82
Bulan Ini 8673

Keseluruhan 3247550

   Masa Capaian : 0.78 saat    Kemaskini :  11/7/2025