• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Jabatan Mufti Negeri Perlis

Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Jabatan Mufti Negeri Perlis

KANGAR, 19 November – Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Guru Agama Jabatan Mufti Negeri Perlis telah berlangsung di Dewan Warisan, Kangar. Seramai 93 individu menerima tauliah pada tahun ini, terdiri daripada 11 penerima Tauliah Umum dan 82 penerima Tauliah Al-Quran.  

Majlis dirasmikan oleh Tuanku Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Baginda Tuanku,  turut  berkenan mengurniakan tauliah kepada 10 penerima Tauliah Umum dan seorang wakil penerima Tauliah Al-Quran. Turut menerima tauliah adalah YB Mohammad Azmir Bin  Azizan, Exco Agama Negeri Perlis.  

Dalam titah baginda, Tuanku DYTM menekankan kepentingan pegangan Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Baginda menjelaskan bahawa aqidah ini adalah aliran yang menjadi pegangan generasi awal Islam iaitu golongan al-Salafus Salih, yang terdiri daripada para Sahabat, Tabi’in, dan Atba’ al-Tabi’in, dan dipelopori oleh Ahlul Hadith.  

Baginda turut menyeru agar semua pemimpin utama, jentera pentadbiran kerajaan, para asatizah, pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis, serta rakyat negeri ini memahami dan memperkukuh pegangan aqidah tersebut. Baginda menegaskan, "Semua pihak hendaklah berusaha mengukuh dan memperteguhkan pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti yang menjadi pegangan rasmi Negeri Perlis."  

Dato' Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin,  dalam ucapan aluannya turut mengingatkan bahawa guru-guru agama adalah golongan yang mempunyai keistimewaan untuk mendidik ummah. Beliau menyeru agar para guru sentiasa istiqamah dalam menimba ilmu dan menjaga integriti dalam setiap amanah yang dipikul.  

Simposium Guru Agama turut diserikan dengan dua sesi perkongsian ilmu yang bernas. YBhg. Ustaz Mohamad Adnin bin Yahya membentangkan topik menarik bertajuk “Keperluan Mematuhi Ketetapan Ulil Amri dalam Pengajaran Agama Islam di Negeri Perlis”. 

Manakala, YBhg. Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin menyampaikan kupasan mendalam bertajuk “Manhaj Talaqqi Ahli Sunnah Wal Jamaah”, yang mengupas metodologi ilmu warisan generasi al-Salafus Salih dengan pendekatan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Selain itu, Tuanku DYTM turut berkenan melancarkan buku terbaru terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis bertajuk'Mukadimah Kaedah Fiqhiyyah hasil tulisan YBhg. Ustaz Fauwaz bin Fadzil.  

Program ini bukan sahaja meraikan para guru agama yang menerima tauliah, malah menjadi platform memperkukuh kefahaman agama dan menyemarakkan aspirasi Negeri Perlis sebagai pusat ilmu Islam yang unggul.  

Majlis turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perlis, YB Speaker Dewan Undangan Negeri, Exco-Exco Kerajaan Negeri Perlis, serta dif-dif kehormat lain.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 63
Semalam 658
Minggu Ini 2194
Bulan Ini 6093

Keseluruhan 3244970

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  08/7/2025