• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

"Sentuhan Al-Quran dan Al-Sunnah: Kupasan Mendalam Buku 'Pembersihan Jiwa Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah' di Program Tafaqquh Fiddin Siri Ketiga 2024"

"Sentuhan Al-Quran dan Al-Sunnah: Kupasan Mendalam Buku 'Pembersihan Jiwa Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah' di Program Tafaqquh Fiddin Siri Ketiga 2024"

KANGAR, 5 November 2024– Program Tafaqquh Fiddin Siri Ketiga Tahun 2024 ::"Bedah Buku "Pembersihan Jiwa Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah" telah berlangsung di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Kangar.

Program ini dianjurkan oleh Unit Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Bahagian Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Penceramah utama, YBhg. Prof. Dr. Basri Bin Ibrahim, membawakan kupasan mendalam mengenai buku Pembersihan Jiwa Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah, yang bukan sahaja memberikan panduan rohani, tetapi turut mengandungi langkah-langkah praktikal untuk penyucian jiwa, seperti bagaimana mengekang sifat sombong dan mengawal amarah. Buku ini juga akan dijadikan sebahagian daripada silibus pengajaran di seluruh Negeri Perlis, untuk memberi panduan komprehensif kepada para guru dalam membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bersih dan berakhlak sesuai dengan ajaran Islam.

Dalam ucapan aluan, Pengarah JAIPs, YBhg. Tn. Hj. Najmuddin Bin Abdul Karim  menekankan tiga objektif utama program ini, iaitu untuk memperkasa sisipan ilmu kepada guru-guru takmir seluruh Negeri Perlis, memberi penambahan maklumat, serta mengingatkan para asatizah agar sentiasa selari dan tidak tersasar dari garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran agama negeri.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Sahibul Fadhilah Tn. Hj. Tajul Urus Bin Abdul Halim, yang turut menyampaikan penghargaan kepada semua guru takmir yang hadir. Program ini dihadiri oleh para guru takmir Negeri Perlis yang berharap agar ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha mendidik masyarakat di peringkat akar umbi. 

Program ini diharapkan dapat memantapkan lagi asas akidah dan amal para peserta, selaras dengan objektif Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam memelihara keutuhan akidah dan syariat di kalangan masyarakat Perlis.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 693
Semalam 982
Minggu Ini 2765
Bulan Ini 20661

Keseluruhan 3092954

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  09/12/2024