• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Khutbah Negeri Perlis Sentuh Cara Dan Waktu Berdoa Yang Mustajab

Khutbah Negeri Perlis Sentuh Cara Dan Waktu Berdoa Yang Mustajab

Perlis, 1 November 2024 - Khutbah Jumaat Negeri Perlis kali ini membawa fokus penting berkenaan Cara dan Waktu Berdoa yang Mustajab, memberi penekanan kepada keindahan Islam yang menuntut umatnya sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT. Khutbah ini juga bertujuan mengingatkan para jemaah tentang waktu-waktu dan amalan yang perlu diperhatikan untuk menjadikan doa mereka lebih mudah dimakbulkan.

Antara tata cara doa mengikut Sunnah adalah, berdoa kepada Allah SWT dengan mengangkat kedua belah telapak tangan, dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, diikuti dengan keyakinan penuh kepada kekuasaan Allah SWT dalam menentukan hasil setiap permohonan. 

Dalam khutbah tersebut, jemaah diingatkan mengenai waktu-waktu istimewa untuk berdoa, seperti selepas solat fardu, di antara azan dan iqamah, serta disepertiga malam.

Selain itu, para jemaah turut diingatkan tentang keperluan untuk berdoa dengan hati yang ikhlas, serta menghindari permintaan yang melampaui batas atau bertentangan dengan ajaran agama. Para jemaah diingatkan supaya berdoa langsung kepada Allah, ini kerana kita tidak memerlukan perantaraan manusia yang telah meninggal dunia untuk kita berdoa atau memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT.

Inisiatif khutbah ini diambil oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis untuk memperkasa kesedaran umat Islam mengenai cara berdoa yang benar dan efektif, disamping menanam keyakinan bahawa setiap doa, jika dipanjatkan dengan penuh ketakwaan, pasti akan didengari oleh Allah SWT, sama ada dimakbulkan segera atau ditangguhkan untuk kebaikan yang lebih besar.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 60
Semalam 1090
Minggu Ini 1150
Bulan Ini 19046

Keseluruhan 3091339

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  09/12/2024