• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis Selesai Menandatangani Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis Selesai Menandatangani Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

KANGAR, 21 Oktober 2024 – Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis telah selesai menandatangani opsyen untuk Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perlis. 

Majlis tersebut disaksikan oleh Mufti Perlis Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, menyatakan bahawa langkah ini adalah penting untuk memastikan kakitangan mendapat manfaat yang sewajarnya melalui sistem saraan yang lebih baik dan berkesan. 

Dr. Mohd Asri, ketika mempengerusi mesyuarat pengurusan Jabatan, menekankan komitmen Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam serta memberikan pengiktirafan yang selayaknya kepada kakitangan yang berkhidmat. 

Proses penandatanganan ini melibatkan semua kakitangan tetap dan diharapkan dapat memperkukuh motivasi serta prestasi kerja dalam jabatan. 

Dengan pelaksanaan SSPA, Jabatan Mufti Negeri Perlis berharap dapat terus memberi sumbangan yang signifikan dalam menjaga kepentingan agama dan masyarakat di negeri ini.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 52
Semalam 658
Minggu Ini 2183
Bulan Ini 6082

Keseluruhan 3244959

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  08/7/2025