• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Bengkel Panel Syariah Negeri Perlis Siri 4/2024

Bengkel Panel Syariah Negeri Perlis Siri 4/2024

15 Oktober 2024 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan Bengkel Panel Syariah Negeri Perlis Siri 4/2024. Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Utama UTC Kangar Perlis. 

Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu penting yang akan diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang akan datang.

Antara isu yang  dibincangkan adalah Kajian Hukum Syarak Berkaitan Hakam Dalam Kalangan Wanita Dan Status Perceraian Secara Talak Dan Khulu’ Bagi Pemakaian Di Dalam Kaedah Hakam Negeri Perlis. Isu ini telah dibentangkan oleh YBhg. Dr. Rafidah Binti Mohamad Cusairi, YBhg. Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ñ Dahaman dan beberapa pembentang yang lain . 

Bengkel ini turut membincangkan berkenaan Garis Panduan Program Silent Mentor Dan Amalanya Pada Pandangan Islam. Garis panduan ini telah dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Siti Nurma Hanim Hadie @Haji. 

Seramai 15 Orang Ahli Panel Syariah telah hadir bagi menjayakan bengkel tersebut. Untuk makluman Ahli Panel Syariah Negeri Perlis telah dilantik daripada pelbagai latar bidang pengajian dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Bengkel berakhir pada jam 5.30 Petang. Mufti Negeri Perlis mengharapkan komitmen Ahli Panel Syariah Negeri Perlis dalam melontarkan pandangan-pandangan dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat khususnya dalam Negeri Perlis ini.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 27
Semalam 691
Minggu Ini 3031
Bulan Ini 15852

Keseluruhan 3179006

   Masa Capaian : 0.78 saat    Kemaskini :  16/4/2025