• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Khutbah Negeri Perlis Menekankan Persiapan Menghadapi Musibah Banjir

Khutbah Negeri Perlis Menekankan Persiapan Menghadapi Musibah Banjir

Perlis,  11 Oktober 2024 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menyampaikan khutbah khas bertajuk 'Menghadapi Musibah Banjir' di seluruh masjid negeri pada minggu ini. Khutbah ini memfokuskan kepada panduan menghadapi situasi banjir untuk dijadikan panduan. 

Khutbah ini disampaikan berikutan banjir yang melanda beberapa kawasan di Perlis baru-baru ini, mengingatkan umat Islam agar sentiasa bersiap sedia menghadapi musibah alam seperti ini.

Antara perkara penting yang ditekankan dalam khutbah ini ialah keperluan menjaga keselamatan diri dan keluarga. Masyarakat diingatkan agar mengutamakan keselamatan dengan segera berpindah ke pusat pemindahan sementara jika diarahkan pihak berkuasa. 

Khutbah juga menekankan perlunya bersabar dan bertawakal kepada Allah dan tetap istiqamah dalam melakukan ibadah-ibadah wajib ketika menghadapi ujian banjir. Walaupun berdepan dengan kerugian harta benda dan kesusahan, umat Islam disuruh  untuk mengambil iktibar dari musibah ini sebagai peringatan untuk kembali kepada Tuhan serta menjaga hubungan dengan sesama manusia melalui amalan tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain. 

Kejadian banjir yang berlaku di Perlis baru-baru ini, yang mengakibatkan kerosakan pada rumah-rumah serta kemudahan awam, menjadi peringatan nyata bahawa kita perlu lebih bersiap sedia menghadapi cabaran perubahan iklim. Khutbah ini juga menggesa pihak berkuasa tempatan serta masyarakat untuk bekerjasama dalam meningkatkan kesedaran dan persiapan menghadapi musibah sebegini pada masa akan datang. Jangan ada antara kita yang saling salah menyalahkan antara satu dengan yang lain terutamanya apabila berlaku situasi sebegini. 

Khutbah ini juga menyeru seluruh penduduk Perlis agar terus mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut dan mengukuhkan hubungan dengan Allah serta sesama manusia dalam menghadapi cabaran masa depan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 669
Semalam 801
Minggu Ini 2168
Bulan Ini 11698

Keseluruhan 3201629

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  14/5/2025