• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Pelancaran Program Pengajian Iqra Peringkat Penjara Negeri Perlis: Mengukuhkan Pendidikan Agama di Pusat Koreksional

Pelancaran Program Pengajian Iqra Peringkat Penjara Negeri Perlis: Mengukuhkan Pendidikan Agama di Pusat Koreksional

Kangar, 4 September 2024 - Pusat Koreksional Negeri Perlis melakar sejarah tersendiri dengan penganjuran majlis Pelancaran Program Pengajian Iqra' Peringkat Penjara Negeri Perlis. Program ini telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, di Pusat Koreksional Negeri Perlis hari ini.

Majlis ini adalah sebahagian daripada inisiatif Pusat Koreksional Negeri Perlis untuk memperkukuh pendidikan agama dalam kalangan penghuni penjara, sekaligus memberi ruang kepada mereka untuk memperbaiki diri melalui pemahaman dan penghayatan al-Quran. 

Dalam ucapan pelancarannya, SS Mufti Negeri Perlis menekankan bahawa pendidikan agama merupakan asas penting dalam proses pemulihan dan pembentukan sahsiah penghuni penjara. Setiap daripada huruf al-Quran merupakan pahala bagi yang membacanya. Amat rugi jika al-Quran diabaikan dari sudut pembacaan secara bertajwid kerana ia boleh mendatangkan syafaat di hari akhirat kelak. 

Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah Ikon Dakwah dan cenderamata kepada wakil hafazan Majlis Ihtifal Jabatan Penjara Malaysia, sebagai tanda penghargaan atas usaha dan dedikasi mereka dalam pengajian al-Quran.

Jabatan Mufti Negeri Perlis, melalui Jawatankuasa Pengajaran dan Pengawasan, turut memainkan peranan penting dalam program ini dengan menyedia dan memberi tauliah pengajaran kepada tenaga pengajar di Pusat Koreksional Negeri Perlis. 

Majlis berakhir dengan doa dan harapan agar program ini dapat menjadi platform yang efektif dalam membentuk peribadi yang lebih baik dan mendalamkan lagi kefahaman agama di kalangan penghuni Pusat Koreksional Negeri Perlis.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 999
Semalam 982
Minggu Ini 3071
Bulan Ini 20967

Keseluruhan 3093260

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  09/12/2024