• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Pegawai Kader Jakim Jabatan Mufti Negeri Perlis Sertai Diskusi Minda Madani Zon Utara

Pegawai Kader Jakim Jabatan Mufti Negeri Perlis Sertai Diskusi Minda Madani Zon Utara

KANGAR, 3 September 2024 - Pegawai Kader Jakim di Jabatan Mufti Negeri Perlis  telah menyertai Program Diskusi Minda Madani dan Sesi Libat Urus Pegawai Kader Hal Ehwal Jakim Zon Utara yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, JAIPs , Kangar Perlis. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis ini dihadiri oleh pegawai Kader Jakim dari zon utara, termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perlis, dan Perak.

Program diskusi ini menampilkan YBrs Dr. Haji Ruslan Bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai panel utama. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya memperkukuh peranan pegawai kader dalam menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar di kalangan masyarakat. Beliau juga menggesa para pegawai untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan dalam menjalankan tugas-tugas dakwah dan pentadbiran agama.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg Tuan Haji  Najmuddin bin Abdul Karim,  Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, yang mengalu-alukan kehadiran semua pegawai kader dan mengharapkan program ini dapat menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara Jakim dan jabatan-jabatan agama di peringkat negeri.

Program Diskusi Minda Madani ini merangkumi sesi perbincangan dan sessi dialog yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pegawai kader mengenai isu-isu semasa dalam hal ehwal Islam serta memperkasakan peranan mereka dalam masyarakat. Sesi libat urus ini juga memberikan peluang kepada pegawai kader untuk berkongsi pandangan dalam menangani cabaran semasa yang dihadapi dalam bidang tugas mereka.

Keseluruhan program berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen tinggi dari semua peserta, sekaligus memperlihatkan usaha berterusan Jakim dalam memperkukuh peranan pegawai kadernya di seluruh negara.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 491
Semalam 534
Minggu Ini 1025
Bulan Ini 8759

Keseluruhan 3120239

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  17/1/2025