• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Gugurnya Seorang Pejuang : Wajib Membela Golongan Yang Lemah Serta Ditindas Oleh Golongan Kuffar

Gugurnya Seorang Pejuang : Wajib Membela Golongan Yang Lemah Serta Ditindas Oleh Golongan Kuffar

Perlis, 2 Ogos 2024 - Atas semangat perjuangan sesama umat Islam, Mimbar Jumaat Negeri Perlis pada hari ini mengambil kesempatan membicarakan tajuk “ Membela Islam Dan Umatnya Dari Kekejaman Yahudi Zionis”. Khutbah yang disampaikan diseluruh masjid di Negeri Perlis ini  menggariskan kewajipan umat Islam untuk bersatu dan memberikan sokongan kepada saudara-saudara seagama yang menghadapi penindasan dan kekejaman.

Pembunuhan Ismail Haniyeh, seorang tokoh pejuang Islam adalah satu serangan terhadap seluruh umat Islam. Kita marah dan sedih, tapi tetap harus bersemangat untuk membela umat Islam dari kekejaman golongan kuffar. Umat Islam digesa untuk membela saudara kita yang ditindas, dizalimi, dibunuh dan dijajah dengan apa sahaja cara yang kita mampu lakukan. Mimbar jumaat turut membakar semangat kepada umat Islam berkenaan kelebihan-kelebihan berjuang membela agama dan kelebihan mati syahid.

Khutbah turut menekankan konsep ukhuwah Islamiyah yang menjadi asas kepada perpaduan dan kekuatan umat. Umat Islam di Negeri Perlis diseru untuk mendoakan keselamatan dan  kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia, serta berusaha untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan, selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan kasih sayang dan keadilan untuk semua.

Khutbah Jumaat ini diharap dapat meningkatkan kesedaran umat Islam tentang tanggungjawab mereka terhadap saudara-saudara seagama yang ditindas dan menderita. Ia juga  diharap dapat menyampaikan mesej penting serta meningkatkan kesedaran dan semangat solidariti di kalangan umat Islam dalam membela golongan yang lemah dan ditindas.

Perlis telah mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat di seluruh masjid di Negeri Perlis. Mufti Negeri Perlis turut menyampaikan khutbahnya di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5. Turut berangkat DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 445
Semalam 1090
Minggu Ini 1535
Bulan Ini 19431

Keseluruhan 3091724

   Masa Capaian : 0.90 saat    Kemaskini :  09/12/2024