• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Khutbah Perlis Seru Agar Umat Islam Tidak Memandang Remeh Isu Merapatkan Saf Dalam Solat Berjemaah

Khutbah Perlis Seru Agar Umat Islam Tidak Memandang Remeh Isu Merapatkan Saf Dalam Solat Berjemaah

19 Julai 2024: Khutbah Jumaat di Masjid seluruh Negeri Perlis hari ini, menekankan tentang kepentingan merapatkan saf dalam solat berjemaah. Khutbah bertajuk "Amalan Sunnah Ketika Di Masjid" ini menekankan agar umat Islam tidak memandang remeh isu ini yang seringkali dianggap kecil tetapi mempunyai makna yang besar dalam syariat Islam.

Meluruskan saf serta merapatkan saf di dalam solat secara berjemaah adalah merupakan suatu tuntutan yang kian terabai dalam kalangan para jemaah di masjid. 

Ramai daripada kita pada hari ini yang hadir melaksanakan solat secara berjamaah di masjid tetapi mengambil mudah dalam hal merapatkan saf ini. Saf-saf solat kita kelihatan renggang dan tidak sekata, kerana ada setengah dari jemaah  tidak menyukainya atau merasa geli, panas dan tidak selesa ketika merapatkan saf.  Perbuatan ini adalah sesuatu yang merugikan dan menampakan kejahilan diri sendiri. 

Merapatkan saf adalah sunnah yang sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Merapatkan saf bukan sahaja menunjukkan kesatuan dan kekuatan umat Islam, tetapi juga menghalang syaitan daripada menyelit diantara saf-saf yang renggang, merapatkan saf dalam solat berjemaah membawa keberkatan dan pahala yang besar.

Khatib turut mengingatkan jemaah tentang hadis di mana Rasulullah SAW bersabda, Maksudnya: “Sempurnakanlah oleh kamu saf yang depan (saf yang pertama), kemudian saf-saf berikutnya, maka saf yang kurang itu (disebabkan sedikit makmum) hendaklah di saf bahagian belakang”. (Hadis Sahih riwayat AnNasa’i).

Diharapkan lebih ramai jemaah akan mengamalkan sunnah ini dalam kehidupan seharian mereka dan memastikan saf solat sentiasa rapat dan teratur.

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 56
Semalam 658
Minggu Ini 2187
Bulan Ini 6086

Keseluruhan 3244963

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  08/7/2025