9 Julai 2024 – Daurah Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Kebangsaan anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Perlis, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Dakwah Islam Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis.
Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Julai 2024 bakal diisi dengan slot pembentangan Hadis 40 Imam Nawawi. Turut serta dalam sessi pembentangan ialah Mufti Negeri Perlis, Tn. Hj. Zamri Zainal Abidin (YADIM), serta pensyarah dari institusi pengajian tinggi seperti Kolej Universiti Islam Perlis, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Mufti Negeri Pulau Pinang.
Daurah kali ini juga telah diserikan dengan slot Santai Bersama YB. Fadhlina Sidek sebagi Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau memberikan suntikan semangat kepada guru-guru untuk merealisasikan objektif terhadap Daurah Hadis 40 Imam Nawawi.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengutarakan inisiatif melalui KPM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menerbitkan semula himpunan Hadis 40 Imam Nawawi untuk diedarkan di seluruh sekolah bagi membolehkan penghayatan hadis 40 ini bermula di peringkat sekolah lagi.
Seramai 250 peserta terdiri daripada Panel Penggubal Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Edisi Kedua, Jurulatih Utama Negeri dan Penyelaras Hadis 40 Negeri.