21 Jun 2024- Jumaat : Khutbah minggu ini mengingatkan agar seluruh Umat Islam di Negeri Perlis agar tidak membuat sebarang binaan di atas kubur.
Perkara ini telah diwartakan melalui keputusan fatwa, mengikut peruntukan subseksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, setelah diperkenankan oleh Raja Pemerintah dan memaklumkan Kerajaan Negeri, dengan ini menyebabkan fatwa berikut disiarkan, iaitu: "Hukum membuat binaan di atas kubur adalah dilarang/tidak dibolehkan ".
Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa kubur adalah suatu tempat yang akan mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat, bukan suatu tempat untuk dibuat binaan dan dihiasi dengan begitu indah dan cantik serta dijadikan sebagai suatu kebanggaan dan kesombongan.
Demikian juga kubur bukan tempat untuk dimuliakan sehingga boleh menyebabkan manusia taksub kepada kubur serta melakukan perbuatan khurafat dan syirik.
Dalam teks berkenaan juga turut dimasukan dalil tentang larangan tersebut.