• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Bengkel Panel Syariah Negeri Perlis Bil.2/2024

Bengkel Panel Syariah Negeri Perlis Bil.2/2024

21 Mei 2024 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan Bengkel Panel Syariah Negeri Perlis Bil.2/2024. Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya di kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis bermula jam 8.30 Pagi. 

Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang akan diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang akan datang.

Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan Zakat Ke Atas Harta Pusaka, Garis Panduan Ibadah Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Hukum Rujuk Dengan Perbuatan. Isu-isu berkenaan turut dibentangkan oleh pakar yang berkelayakan dari Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan dari Bahagian Buhuth & Istinbat Jabatan Mufti Negeri Perlis. 

Bengkel berkenaan telah dipengerusikan oleh Timbalan Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus Bin Abdul Halim.

Seramai 20 Orang Ahli Panel Syariah telah hadir bagi menjayakan bengkel tersebut. Untuk makluman Ahli Panel Syariah Negeri Perlis telah dilantik daripada pelbagai latar bidang pengajian dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Bengkel berakhir pada jam 12.30 Tengah Hari. Ustaz Tajul Urus mengharapkan komitmen Ahli Panel Syariah Negeri Perlis dalam melontarkan pandangan-pandangan dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat khususnya dalam Negeri Perlis ini.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 3
Semalam 1188
Minggu Ini 3263
Bulan Ini 21159

Keseluruhan 3093452

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  09/12/2024