• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Kuliah Dhuha Muslimat Mendapat Sambutan Baik Sempena Jom Ramadan Di Perlis

Kuliah Dhuha Muslimat Mendapat Sambutan Baik Sempena Jom Ramadan Di Perlis

Oleh : Bahagian Isnad JMNPs 3 April 2024

Gambar Ehsan : Nor Faezah Hassan 
 
Kangar – Program “Jom Ramadan Di Perlis” yang sedang berlangsung di Masjid Alwi, Kangar  dari 16 Mac sehingga 9 April 2024 turut diisi dengan program buat kaum wanita iaitu Kuliah Dhuha Muslimat.
 
Kuliah Dhuha Muslimat yang diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad  ini telah menggabungkan 6 penceramah wanita terdiri dari pelbagai agensi agama dan insitutusi.  Antara penceramah jemputan Prof. Madya Dr. Roshimah Binti Shamsudin yang merupakan pensyarah kanan Bahagian Pengajian Islam USM, Ustazah Azizah Binti Mat Isa dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis dan beberapa orang tenaga pengajar dari Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis.
 
Kuliah Dhuha Wanita pada kali ini memberi fokus kepada topik utama iaitu tadabbur surah Al-Nur. Para jemaah berpeluang untuk lebih memahami makna, tadabur setiap ayat serta mendapat ibrah dari sesuatu surah tersebit. Para jemaah turut diberi pendedahan berkaitan hukum hakam keluarga seperti tuduhan zina, lian, adab menziarahi, adab meminta izin dan pelbagai hukum hakam wanita  yang terkandung di dalam surah tersebut. 
 
Rata-rata jemaah meluahkan rasa syukur kerana dapat mengikuti menambah pengetahuan bukan sahaja dari segi bacaan dan tajwid, malahan isi kandungan ayat yang banyak hikmahnya melalui kuliah ini sepanjang Ramadan. Daripada surah ini, mereka  menyedari sesungguhnya Islam sangat memuliakan kaum wanita dan sangat menjaga kehormatan mereka.
 
Puan Laila Abdullah, seorang jemaah muslimat yang mengikuti kuliah ini sejak pertama kali diadakan, meluahkan rasa syukur beliau serta berterima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Masjid Alwi atas penganjuran program Jom Ramadan Di Perlis tahun ini. Beliau berkata, beliau menggunakan sepenuh peluang yang ada untuk mengikuti semua program yang disediakan bermula solat subuh sehingga terawih. Beliau juga berkata melalui program sebegini, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan menambahkan pengetahuan beliau dalam perkara-perkara Sunnah disamping dapat bertemu dengan rakan-rakan baru. 
 
Melihat kepada sambutan yang menggalakkan serta kehadiran jemaah  yang konsisten, penganjur dicadangkan untuk menjadikan program Jom Ramadan di Perlis ini sebagai acara tahunan.  

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 666
Semalam 982
Minggu Ini 2738
Bulan Ini 20634

Keseluruhan 3092927

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  09/12/2024