• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Temu Duga Lisan Bagi Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Sesi 1 / 2024

Temu Duga Lisan Bagi Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Sesi 1 / 2024

25 Mac 2024, Jabatan Mufti Negeri Perlis melalui Bahagian Falak dan Pengajaran telah mengadakan Temu Duga Lisan bagi Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Sesi 1 / 2024. Sesi temu duga lisan tersebut diadakan di Dewan Kuliyyah MAIPs, Behor Temak, Kangar, Perlis.

Antara panel penemuduga yang terlibat dalam menjayakan sesi temu duga lisan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis, iaitu Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim yang merupakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Tuan Haji Tajul Urus bin Abdul Halim iaitu Timbalan Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohammad Dhiya’ul Hafidz bin Fatah Yasin dan Ustaz Mohamad Adnin bin Yahya. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis merupakan Pengerusi bagi panel temu duga tersebut.

Ustaz Ahmad Hafiz bin Jaafar yang merupakan Ketua Bahagian Falak dan Pengajaran, Jabatan Mufti Negeri Perlis memaklumkan bahawa seramai 27 orang calon telah menghadiri temu duga lisan tersebut setelah 48 orang calon telah disaring melalui temu duga bertulis yang telah diadakan pada 19 Januari 2024 yang lalu.

Antara kepentingan memiliki Tauliah Mengajar Agama Islam dalam pengajaran adalah untuk memastikan penyampaian ilmu agama adalah berlandaskan al-Quran dan Sunnah serta menepati kehendak agama Islam yang sebenar.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1183
Semalam 982
Minggu Ini 3255
Bulan Ini 21151

Keseluruhan 3093444

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  09/12/2024