• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-67/2024

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-67/2024

Oleh : Unit Fatwa JMNPs 22 Mac 2024 / Gambar : Zulfahmi Abd Samad

Kuala Lumpur - Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-67/2024 telah bersidang pada 22 dan 23 Mac 2024 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini melibatkan seramai 14 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis lantikan  sesi 2024 dan  dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis. 
 
Turut hadir dalam persidangan kali ini ialah, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, YBhg. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta YBhg. Ustaz Ahmad Sirajuddin Bin Abdul Satar, Imam Besar Negeri Perlis selaku Ex- Officio Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
Terdapat lima isu utama yang dibentang dan dibincangkan di dalam persidangan kali ini antaranya, isu berkaitan wakaf komersial serta garis panduan pelaksanaan ibadah untuk orang kurang upaya. 
 
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dijemput untuk menghadiri Majlis Iftar Jamaie bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. DYTM Tuanku Raja Muda Negeri Perlis selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan untuk menyampaikan Watikah Pelantikan kepada 15 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa yang dilantik bagi tahun 2024 pada majlis tersebut. 
 
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bagi tahun 2024 ini,diharap dapat menyumbangkan idea, pengalaman dan kepakaran dalam menyediakan suatu fatwa atas sebarang persoalan yang berkaitan hukum-hukum syarak.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 5
Semalam 1188
Minggu Ini 3265
Bulan Ini 21161

Keseluruhan 3093454

   Masa Capaian : 0.78 saat    Kemaskini :  09/12/2024