Oleh : Zulhilmi Khobin 12 Mac 2024 / Gambar : Zulfahmi Samad
Program Jom Ramadan Di Perlis 2024 telah bermula secara rasminya pada 12 Mac 2024. Program yang julung kalinya di adakan ini, bertempat di Masji Alwi Kangar dan akan diadakan sepanjang bulan Ramadan.
Antara pengisian program adalah Solat Qiyam, program Sahur Percuma, dan Solat Subuh berjemaah. Seterusnya para jemaah berpeluang untuk mengikuti Pengajian Tadabbur Surah al Anfal dan kelas tafsir berbahasa Inggeris yang disampaikan oleh Shaykh Ahmad Banajah iaitu salah seorang pendakwah dari Yaman.
Para jemaah juga akan disajikan dengan slot Durus Ramadan selepas solat Zohor dan akan disiarkan secara langsung oleh RTM melaui siaran radio Perlis.FM. Para jemaah juga seterusnya berpeluang untuk memperbaiki bacaan ayat-ayat suci al Quran yang akan dipimpin oleh pensyarah-pensyarah daripada Kolej Universiti Islam Perlis. Slot Tazkirah Santai kelolaan Perlis Wisdom Centre juga bakal diadakan sebelum Majlis Berbuka Puasa yang disediakan oleh pihak Masjid Alwi.
Kuliah Tarawih juga akan mengisi slot malam yang akan disampaikan oleh para ilmuan terkenal Negeri Perlis.
Terlebih dahulu, YBhg Sahibul Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin berbesar hati menyampaikan kuliah Durus Ramadan selepas solat Zohor pada hari pertama Ramadan tahun 2024.
Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Jom Ramadan Di Perlis.