Oleh : Wafiq Desa 13 Mac 2024 / Gambar : Faruqi Norazmi
Kuliah Santai Iftar adalah antara tarikan kepada orang ramai sepanjang program Jom Ramadan Di Perlis. Para pengunjung dapat meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga untuk berbuka puasa di Perkarangan Masjid Alwi Negeri Perlis di samping mendapat perkongsian rohani melalui slot Tazkirah Santai kelolaan Perlis Centre Of Wisdom, Negeri Perlis.
Sambutan terhadap majlis ini dapat dilihat apabila pihak pengurusan masjid telah menambah hidangan juadah berbukan puasa pada hari kedua. Saudara Atiq Mazli, ahli jawatankuasa Masjid Alwi berkata, pihak pengurusan masjid mengambil keputusan untuk menambah kuantiti juadah disebabkan pertambahan pengunjung yang datang berbuka puasa pada kali ini.
Sambutan luar biasa juga dapat dilihat dengan peningkatan jemaah yang menunaikan solat maghrib seterusnya isyak dan solat tarawih secara berjemaah di masjid tersebut.
Terlebih dahulu, para pengunjung dapat mengikuti Tazkirah Santai Iftar yang disampaikan oleh Ustaz Amirul Ashraf yang merupakan Pengurus Unit R&D Perlis Centre of Wisdom.