24-27 November 2023 (Jumaat-Isnin) telah berlangsung Bengkel Hala Tuju Pembentukan Masyarakat Perlis Baharu dan Mesyuarat Jawatankuasa Ihya’ Sunnah, Dakwah Dan Tarbiah Dan MAIPs Dengan Kerjasama Fatoni University, Yala, Thailand. Bengkel ini adalah cetusan dari Persidangan Mesyuarat MAIPS Bil 2/2023 telah menyarankan agar adab-adab berkaitan Masyarakat Perlis seperti Adat DiRaja dirakyatkan kepada masyrakat khususnya penduduk di Negeri Perlis.
Antara sebab Fatoni University menjadi pilihan adalah meneruskan hubungan sedia ada dan yang lebih utama dapat mengembangkan ideologi serta peranan di dalam usaha menyubur serta memperkukuhkan adab budaya Islam di kalangan masyarakat.
Pada bengkel yang diadakan ini Tuanku DYTM telah berkenan menyampaikan titah perutusan dan hasrat baginda sempena Majlis Pembukaan Bengkel Hala Tuju Pembetukan Masyarakat Perlis Baharu secara dalam talian. Antara hasrat baginda DYTM adalah untuk membudayakan Masyarakat Negeri Perlis dengan adab dan nilai serta memperkasakan pendidikan di Negeri Perlis.
Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa ihya' Sunnah Dan Tarbiah MAIPs, wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Timbalan Yang DiPertua MAIPs dan beberapa ahli yang mewakili jabatan-jabatan pentadbiran Negeri Perlis.
Pada bengkel tersebut turut diadakan pembentangan kertas kerja dari YBhg Tuan Haji Mohd Nazim Bin Mohd Noor yang bertajuk “Menuju Masyarakat Perlis Baharu: Peningkatan Pendidikan untuk Mencapai Visi Masyarakat”.
Turut hadir dalam bengkel tersebut adalah Rektor university fatoni, Dr Ismail Luthfi, Timbalan Rektor serta pensyarah2 Fakulti Al-Quran Dan Al-Sunnah, University Fatoni. Timbalan Rektor university fatoni turut berbesar hati membentang kertas kerja bertajuk ' Pembentukan Masyarakat Madani Pada Zaman Rasul'.
Sempena Bengkel tersebut juga, turut diadakan beberapa siri kunjungan mahabbah ke Masjid Taawun Pattani dan Yayasan Anak Yatim, Yala.
Bengkel diakhiri dengan Majlis menandatangani Surat Hasrat antara Jawatankuasa Ihya'Sunnah Dakwah Dan Tarbiah MAIPs Dan Fatony university, Pattani, Thailand.