• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) Antara Universiti Sains Malaysia (USM) Dengan Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMPs)

Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) Antara Universiti Sains Malaysia (USM) Dengan Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMPs)

17 November 2023 (Jumaat) - Telah berlangsung Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) Antara Universiti Sains Malaysia (USM) Dengan Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMPs). Majlis ini berlangsung pada jam 10.00 Pagi bertempat di Bilik Persidangan Canselori (CCR) Aras 6, Bangunan Canselori USM. 

Antara matlamat (MoU) Kerjasama penerbitan dengan Jabatan Mufti Negeri Perlis adalah langkah proaktif USM untuk memastikan matlamat dan cabaran penerbitan dapat ditangani bersama. Hal ini penting untuk memastikan agar ekosistem penerbitan yang diamalkan mampu mendepani cabaran dalam industri buku pada masa hadapan. 

Majlis ini  dipengerusikan oleh  YBrs. Profesor Dr. Habibah A Wahab yang merupakan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM bagi mewakili Naib Canselor Universiti Sains Malaysia. Beliau turut menyampaikan ucapan pada hadirin yang hadir. Antara intipati beliau adalah pihak USM telah memperkenalkan EMDASH sebagai sistem dan platform e-dagang Penerbit USM untuk memperkasakan jualan buku secara dalam talian. Ia bukan sekadar platform untuk membeli buku tetapi membawa aspirasi pasaran buku ke kancah global, menghubungkan watak-watak utama dalam industri buku dan mengajak masyarakat untuk berinteraksi dengan dunia buku melalui wacana dan diskusi buku.

SS.Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin juga diberikan ruang untuk menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan. Antara tetamu yang hadir adalah Pengarah Penerbit USM, YBrs. Profesor Madya Dr. Nazarudin Zainun, Sahibul Fadhilah Tajul Urus Abdul Halim Timbalan Mufti Negeri Perlis dan ketua-ketua Jabatan USM.

Pada akhir majlis ini, diadakan penandatanganan dan Pertukaran Dokumen MoA antara pihak Universiti Sains Malaysia diwakili oleh YBrs. Profesor Dr. Habibah A Wahab dan Jabatan Mufti Negeri Perlis yang diwakili oleh Mufti Negeri Perlis.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 38
Semalam 691
Minggu Ini 3042
Bulan Ini 15863

Keseluruhan 3179017

   Masa Capaian : 0.79 saat    Kemaskini :  16/4/2025