• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Program Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil 7/2023

Program Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil 7/2023

Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama UiTM Perlis Cawangan Arau telah menganjurkan Program Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil 7/2023 bertempat di Masjid al-Nur UiTM Kampus Arau. Program ini diadakan pada 25 Oktober selepas Solat Fardhu Maghrib. 

Program ziarah ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan masyarakat setempat secara umumnya termasuklah pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Negeri Perlis. Selain itu, program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua lapisan masyarakat berkenaan isu-isu semasa dan hukum hakam dalam agama Islam dan berkenaan dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis. Mereka yang hadir berpeluang untuk bertanyakaan secara terus kepada SS. Mufti Negeri Perlis.

Turut diadakan pada majlis tersebut, forum dan sesi soal jawab bersama YBhg. SS Dato Mufti Perlis. Forum ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Ustaz Amir Farhan, Pegawai Mubaligh, Jabatan Mufti Negeri Perlis. 

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran  para pelajar baru  UiTM. Proogram ini juga turut dihadiri oleh para pensyarah dan pegawai UiTM Arau, Perlis. Turut hadir Rektor UiTM Cawangan Arau, Perlis Prof. Madya Teknologis Dr. Syukur Sanim Bin Fauzi. 

Turut diadakan pada program tersebut edaran buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis secara percuma kepada tetamu yang hadir.

Program ini juga telah dijalankan secara langsung menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Pro Media Tajdid dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Seramai hampir 900 orang hadir dalam program tersebut.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1028
Semalam 982
Minggu Ini 3100
Bulan Ini 20996

Keseluruhan 3093289

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  09/12/2024