10 Oktober 2023 - Bengkel Panel Syariah Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil 4/2023 telah diadakan pada 10 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Mufti Negeri Perlis Yang Berbahagia Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim.
Seramai 16 orang panel hadir pada bengkel tersebut termasuklah Dr. Muhammad Fathullah Al-Haq bin Muhamad Asni dan Dr.Muhammad Ihsan bi Idris
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bertujuan membincangkan tajuk-tajuk berkaitan hukum-hukum yang belum diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sebelum di angkat ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Oktober 2023.
Tajuk-tajuk yang dibincangkan pada bengkel tersebut berkenaan Garis Panduan Penggunaan Wang Masjid dan Surau yang dibentangkan oleh yang berbahagia ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani dimana tajuk ini mengupaskan hukum penggunaan wang tabung masjid dan surau untuk maslahah umum.
Tajuk yang kedua iaitu Bentuk Spiritual Asing Didalam Progrem Motivasi Di Malaysia (New Age) yang dibentangkan oleh yang berbahagia Ustaz Ahmad Iqram bin Mohamad Noor.
Bengkel ini bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 2.30 petang.