KANGAR, 31 Januar i- Sebanyak 12 siri seminar berkaitan pelbagai perkara dalam fekah akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 ke arah menjadikan Perlis sebagai destinasi ilmu.
Fekah Islam merupakan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah untuk semua hambaNya bagi menjaga kemaslahatan dan menghindari berlakunya kerosakan serta menyusun semua keperluan manusia dengan hukum-hukumnya.
Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kehidupan manusia terdiri daripada pelbagai aspek dan kebahagiaan mereka diperoleh dengan memelihara semua aspek-aspek tersebut melalui penyusunan dan perundangan yang terperinci.
Justeru itu, Fekah yang merangkumi hukum-hukum berkaitan dengan segala keperluan manusia dan mengandungi semua perkara yang sesuai dengan kehidupan mereka samada individu atau masyarakat.
Beliau menyatakannya ketika merasmikan Seminar Fekah Berurusan Dengan Non Muslim di Kangar.
Program dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Perlis dihadiri oleh lebih 300 peserta termasuk dikalangan bukan Islam dengan pembentangan kertas kerja disampaikan penceramah jemputan serta forum Fekah Berinteraksi Dengan Non Muslim.
Sumber : Berita RTM
Wartawan: Wan Noor Azley