• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Perlis Dan Muhammadiyah Indonesia Punyai Persamaan Bebas Pemikiran Amalan Ritual

WhatsApp Image 2022 08 31 at 2.45.07 PM

KANGAR: Perlis dan Muhammadiyah Indonesia mempunyai banyak persamaan khususnya bagi membebaskan pemikiran, amalan dan ritual tanpa dasar kukuh dalam agama di samping melakukan semakan semula dalil berdasarkan al-Quran serta sunnah.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, walaupun berdepan pelbagai kesukaran dan cabaran dalam membawa perjuangan itu, namun, ia bukannya alasan untuk tidak meneruskan usaha baik tersebut.

“Satu kesungguhan itu tidak dinilai daripada hasilnya tapi keikhlasan dan kesanggupannya dalam memastikan sesuatu objektif mencapai sasarannya,” titah baginda yang berkenan berangkat menerima taklimat dan meninjau kerja-kerja pengubahsuaian bangunan Wisma Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Uniciti Sungai Chuchoh di sini hari ini.

Wisma MAIPs itu diubah suai berikutan bakal dijadikan sebagai kampus Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM).

Muhammadiyah merupakan pertubuhan besar di Indonesia dan ketika ini, ia memiliki 118 buah hospital, 450 klinik perubatan, 172 Institusi pengajian tinggi, 349 pesanteren, 9,000 sekolah rendah dan menengah serta 22,000 taman asuhan kanak-kanak. 

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin sewaktu tinjauan berkenaan disambut oleh Rektor UMAM, Dr. Waluyo Adi Siswanto.

Hadir sama, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam perkembangan sama, Tuanku Syed Faizuddin turut menitahkan agar semua pihak dapat menggembeleng usaha bagi mempercepatkan proses menjadikan Wisma MAIPs itu sebagai kampus UMAM.

Sementara itu, Dr. Waluyo berkata, sekiranya semua keputusan permohonan dan kelulusan diperolehi segera, operasi UMAM dijangka akan bermula di Perlis pada suku terakhir tahun ini.

“Pengambilan pelajar-pelajar sulung institusi ini juga dijangka akan bermula Februari 2023 akan datang,” katanya. 

Sumber : Utusan Malaysia 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1178
Semalam 982
Minggu Ini 3250
Bulan Ini 21146

Keseluruhan 3093439

   Masa Capaian : 0.77 saat    Kemaskini :  09/12/2024