27 Ogos 2022 (Sabtu)- Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Unit Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) telah menganjurkan Program Bedah Buku Durar Saniyyah Mutiara Rumah Tangga Daripada 77 Sunnah Nabawiyyah bertempat di Hotel Savana Kuala Perlis dan disiarkan secara langsung melalui Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri. Fokus utama program ini adalah kepada Guru-Guru Agama Islam yang memegang tauliah Pengajaran Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Program Bedah Buku yang telah disampaikan oleh YBhg Dr. Kamilin Jamilin yang juga merupakan penulis buku ini. Telah dicetak pada tahun 2021 untuk edaran kepada Guru-Guru Agama Islam yang memegang tauliah Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Buku ini merupakan cetakan pertama dan telah dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis pada program Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis 2022 pada 14 Jun 2022 di Mess Pegawai Kanan Polis, Kangar Perlis.
Tujuan program ini adalah untuk memberikan kefahaman dengan lebih jelas kepada Guru-Guru Agama Islam yang memegang tauliah mengajar agar dapat menyampaikan kandungan buku ini dengan tepat menurut petunjuk al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Mengatasi tekanan jiwa dan stress dalam kalangan rakyat khususnya mereka yang berumah tangga. Dalam keadaan tekanan hidup yang ada pada masa sekarang, mampu membawa kepada pelbagai masalah keruntuhan rumah tangga, maka panduan dan bimbingan dari Guru-Guru Agama amatlah diperlukan.
Program ini telah dirasmikan Mufti Negeri Perlis sebagai kemuncak acara. Semoga program ini dapat dimanfaatkan oleh semua.