• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Raja Perlis Seru Umat Islam Bela Sunah Rasulullah

 

1812102

 

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru seluruh umat Islam supaya berganding bahu membela sunah Rasulullah SAW kerana ia wajar diambil berat oleh setiap Muslim.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menutup program Perkampungan Sunnah Siri ke-7 di Masjid Alwi di sini malam ini.
 
Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
 
Majlis penutup itu turut dihadiri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, barisan Exco kerajaan negeri dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
 
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah Perlis menjadi benteng utama Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segala amalan tahyul, khurafat dan tokok tambah ajaran agama tanpa asas benar yang dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat.
 
"Beta ingin tegaskan bahawa negeri Perlis tidak berpegang langsung kepada ajaran ‘Wahabi’. Keutamaan kita di Perlis adalah setiap perkara perlu berteraskan al-Quran dan sunah dengan melihat kepada huraian dan ijtihad para ulama yang muktabar terdiri daripada semua aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak terhad kepada satu-satu tokoh sahaja," titah baginda.
 
Program Perkampungan Sunnah itu yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lepas bertemakan ‘Bangkit Membela Sunnah’ menjadi platform dalam membincangkan topik-topik semasa sebagai usaha pendedahan kepentingan dalil dan kaedah yang benar dalam beragama. -
 
Sumber : Bernama
 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 0
Semalam 1188
Minggu Ini 3260
Bulan Ini 21156

Keseluruhan 3093449

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  09/12/2024