• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Platform Perkongsian Idea, Pemikiran Di Perkampungan Sunnah

 

WhatsApp Image 2022 06 19 at 5.06.19 PM

 

KANGAR: Perkampungan Sunnah edisi ke-7 yang berlangsung di Masjid Alwi di sini dari 17 hingga 19 Jun menjadi platform dalam membincangkan topik-topik semasa sebagai usaha pendedahan kepentingan dalil dan kaedah yang benar dalam beragama.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, program tersebut bukan sahaja berbentuk perkongsian ilmu tetapi lebih kepada pendedahan kepada masyarakat berkenaan idea dan tonggak pemikiran utama yang didukung bersama.

Titah baginda, hanya melalui kaedah yang benar, khasiat Islam itu sendiri dapat diambil manfaat oleh pengikutnya.

“Di dalam era di mana ‘hujung’ dan ‘pangkalnya’ semakin sukar dikenal pasti selain arus globalisasi dan kemodenan, yang tampak menenggelamkan keutamaan beragama, hatta dalam kalangan umat Islam sendiri menyebabkan usaha ini semakin sukar.

“Sedemikianlah sunnatullah, dalam kesukaran itu ada ganjaran dan pahala yang banyak, dalam kekaburan itu terletak jalan menuju kepada tuntutan memperluaskan pengetahuan.

“Tidak mustahil, satu usaha yang awalnya dilihat sebagai asas mengislahkan masyarakat dan kita sedar di akhirnya bahawa yang dijumpai adalah kesedaran dan kematangan diri sendiri,” titah baginda merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Alwi sempena program Perkampungan Sunnah edisi ke-7 di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan turut dihadiri Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. 

Sumber : Utusan 

 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 66
Semalam 1090
Minggu Ini 1156
Bulan Ini 19052

Keseluruhan 3091345

   Masa Capaian : 0.89 saat    Kemaskini :  09/12/2024