• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Perkampungan Sunnah Terima Sambutan Luar Biasa

 

41655524157 kampungsunnah

 

KANGAR: Setelah dua tahun tidak dapat diadakan akibat pandemik COVID-19, Perkampungan Sunnah siri ke-7 yang berlangsung pada 17 hingga 19 Jun di Masjid Alwi, mendapat sambutan luar biasa.

Pengarah Program Perkampungan Sunnah Siri ke-7, Hafiz Ahmad Hafiz Jaafar berkata, sehingga hari ini seramai lebih 20,000 pengunjung telah hadir ke program tersebut dan kebanyakan mereka adalah dari golongan muda.
 
"Selain daripada mendapat sambutan luar biasa, kehadiran golongan muda merupakan satu petanda positif bahawa golongan ini semakin berminat dengan program keagamaan dan ingin mencari kebenaran," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
 
Beliau berkata selain daripada rakyat Perlis, program ini turut mendapat sambutan daripada pengunjung luar negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Kemboja.
 
"Oleh kerana kehadiran bilangan pengunjung ramai dan kebanyakan hotel telah penuh, pihak penganjur telah meminta kerjasama dengan pihak pengurusan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Masjid Darul Ibadah, untuk memberi kebenaran kepada pengunjung yang kurang berkemampuan mengunakan kemudahan dan tidur di masjid," katanya.
 
Hafiz Ahmad berkata sesuai dengan tema penganjuran 'Bangkit Membela Sunnah' dianjurkan program ilmu seperti kuliah subuh, kuliah dhuha, kuliah maghrib dan forum berkaitan dengan kebenaran Sunnah yang perlu diketahui oleh masyarakat umum.
 
Sumber : BERNAMA
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 84
Semalam 581
Minggu Ini 84
Bulan Ini 8675

Keseluruhan 3247552

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  11/7/2025