• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Proses Letak Hukum Perlu Kemahiran Mendalam

ARAU - Proses berfatwa atau mengeluarkan hukum adalah proses yang sukar dan memerlukan kemahiran mendalam.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Dan Falak Tahun 2019 yang diadakan di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) Arau hari ini.

Baginda bertitah, ketajaman pemikiran dan usaha yang jitu diperlukan bagi memastikan apa yang diputuskan benar-benar menjadi penyelesaian terbaik dan menuruti kehendak al-Quran dan al-Sunnah.

"Antara objektif fatwa adalah membantu orang awam beramal dengan agama dan menyelesaikan permasalahan dihadapi berkaitan hukum hakam agama.

"Ini menuntut masyarakat Islam untuk tidak mengikut sesuatu semata-mata berdasarkan hawa nafsu dan cenderung mengikut apa-apa yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu sebelum meneliti dan mengkaji tentang kebenarannya," titah baginda.

Menurut baginda, keputusan fatwa mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah menjelaskan bahawa mazhab feqahialah aliran hukum syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas syarak oleh ulama mujtahidin mengikut kaedah istinbat yang muktabar.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Program ini adalah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Kolej Matrikulasi Perlis.

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah, dalam memikirkan objektif sesuatu hukum di dalam syariat, kita tidak boleh bergantung hanya kepada teks secara zahir sahaja.

"Jika dilakukan tanpa melihat konteks dan faktor di sebalik nas-nas tersebut, maka akan pincanglah keputusan hukum yang diperoleh jauh sekali menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Banyak perkara bersifat ‘cabang’ ataupun yang bukan prinsip dalam Islam, boleh berubah jika terdapat tuntutan konteks yang baru," titah baginda.

Pada majlis yang sama baginda turut berkenan melancarkan Laman Web Terkini Jabatan Mufti Negeri Perlis dan juga dua buah buku terbitan jabatan berkenaan dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berjudul 'Hadith Palsu dan Kesan Negatif Terhadap Imej Islam'.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1187
Semalam 982
Minggu Ini 3259
Bulan Ini 21155

Keseluruhan 3093448

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  09/12/2024