Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Masjid al-Mustaqim Seriab, Kangar Perlis telah menganjurkan Program Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis. Program ini telah diadakan di Masjid al-Mustaqim Seriab, Kangar Perlis pada 11 Januari 2022 (Selasa) bermula selepas solat maghrib.
Program ziarah ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat berkenaan isu-isu semasa dan hukum hakam dalam agama. Mereka yang hadir berpeluang untuk bertanyakaan secara terus kepada SS. Mufti Negeri Perlis.
Jemaah yang hadir pada program tersebut telah disajikan dengan Forum yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Shahril Bin Mohd Shukri (Pegawai ISNAD Jabatan Mufti Negeri Perlis).
Turut diadakan pada program tersebut edaran buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis secara percuma kepada jemaah yang hadir.
Program ini juga telah dijalankan secara langsung menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Pro Media Tajdid dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).