• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Ujian Bertulis Kepada Semua Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis

d94ff0cd 58e8 4876 85e9 ae89c94889a8

 
20 Disember 2021 - Jabatan Mufti Negeri Perlis melalui Bahagian Falak Dan Pengajaran telah mengadakan Ujian Bertulis kepada Semua Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis bagi kategori Tauliah Umum. Mereka yang menghadiri ujian ini terdiri daripada Guru-Guru Agama MAIPs, Guru-Guru Takmir dan selainnya. Ujian ini diadakan sebagai penambahbaikan dan pemantapan dalam sistem tauliah yang sedia ada.
 
Ujian bertulis ini telah diadakan di Dewan Kuliyyah MAIPs, Behor Temak Perlis. 
 
Mereka yang menghadiri ujian bertulis ini diwajibkan untuk menjawab semua soalan yang diberikan merangkumi bidang Ulum al-Quran, Ulum Hadis, Qawaid Fiqhiyyah/Maqasid Syariah, Usul Fiqh dan Terjemahan Teks Arab. 
 
Ujian ini diadakan sebanyak 3 sesi bermula jam 9.00 pagi mengikut SOP yang telah ditetapkan. 
 
Seramai 118 pemegang tauliah hadir untuk sesi ujian bertulis ini.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 443
Semalam 1090
Minggu Ini 1533
Bulan Ini 19429

Keseluruhan 3091722

   Masa Capaian : 0.85 saat    Kemaskini :  09/12/2024