• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Program Kesihatan Mental/ Bimbingan Kaunseling

248051314 197270625914858 5400811537518119181 n

Program Kesihatan Mental/ Bimbingan Kaunseling telah diadakan pada 13-15 November 2021 (Sabtu-Isnin) bertempat di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis.

Program yang dianjurkan Institut Sunnah & Irsyad (ISNAD) di bawah kelolaan Jabatan Mufti Negeri Perlis, dengan kerjasama Persatuan Urban Program Komuniti Sosial (SCOPURS), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) ini diadakan khusus untuk Imam-imam Dan Guru-Guru Agama JAIPs, Negeri Perlis.

Program ini telah dibimbing oleh pakar yang bertauliah dalam bidang kauseling, psikitri, dan psychology. Bimbingan telah diberikan oleh YBhg. Dr.Harris Shah Abd. Hamid dan YBhg. Dr. Mohd Faiz Bin Md. Tahir.

Program ini antara lainnya bertujuan untuk menjadikan Imam-imam dan Guru-Guru Agama JAIPs yang boleh membantu masyarakat setempat dengan kaedah yang betul berkenaan kesihatan mental dan bimbingan kaunseling.
 
YBhg Dato SS. Mufti Negeri Perlis telah merasmikan majlis penutupan pada 15 November 2021 (Isnin). Program ini telah berlangsung dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.
 
 
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.68 saat    Kemaskini :  26/9/2025