24 Ogos 2021 (Selasa)-telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis Kali Ke-20/2021 bertempat di Dewan Kuliyyah MAIPs, Behor Temak, Kangar.
Mesyuarat ini diadakan antara lain untuk membincangkan isu-isu berkaitan pentauliahan guru-guru agama di negeri Perlis Negeri. Turut dibincangkan isu-isu berkaitan kaedah pengajaran dan juga cadangan silibus pengajaran yang baru dan cadangan soalan bertulis yang telah diperkemas dan ditambahbaik.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. SS Mufti Negeri Perlis ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis seramai 7 orang.
Mesyuarat ini diadakan secara bersemuka dan dalam talian bagi ahli yang berada di luar Negeri Peris mengikut SOP yang ditetapkan.