• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Bengkel Panel Syariah Bil 4/ 2021

e958c47a 254c 46f8 9cdc 86cb73676f96

 

19 Ogos 2021, Bengkel Panel Syariah Bil 4/ 2021 telah diadakan secara atas talian bermula pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Tujuan Bengkel Panel ini membincangkan isu-isu hukum yang berkaitan masyarakat umat Islam diantaranya ialah “ Hukum Isteri Yang Terlanjur Berzina Dan Nasab Anak Yang Dikandungnya”. Hasil perbincangan dalam Bengkel Panel akan dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis untuk mengeluarkan keputusan fatwa dalam isu tersebut.

Bengkel ini dihadiri seramai 20 orang ahli panel yang dipengerusikan oleh YBhg. SS Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 51
Semalam 1090
Minggu Ini 1141
Bulan Ini 19037

Keseluruhan 3091330

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  09/12/2024