• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Titah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Berkaitan Pelaksanaan SOP Diperketat Pengimarahan Masjid Ekoran Perkembangan Semasa Penularan Wabak Covid-19 Di Negeri Perlis

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN PELAKSANAAN SOP DIPERKETAT PENGIMARAHAN MASJID EKORAN PERKEMBANGAN SEMASA PENULARAN WABAK COVID-19 DI NEGERI PERLIS

Dengan kurnia limpah perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah meneliti perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19 di seluruh negara dan negeri Perlis tercinta, sayugia dihebahkan Pelaksanaan SOP DIPERKETAT Pengimarahan Masjid di Negeri Perlis berkuat kuasa Waktu Zohor 14 Ogos 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan seperti ketetapan berikut:
 
A- MASJID TERLIBAT
 
1- Rentetan peningkatan bilangan jangkitan kes harian dan kumulatif Covid-19 semasa di negeri Perlis tercinta, SEMUA masjid di seluruh Negeri Perlis adalah tertakluk kepada Arahan Pelaksanaan SOP DIPERKETAT Bagi Pengimarahan Masjid.
 
2- Walaubagaimanapun, semua masjid di Mukim Kuala Perlis dan kawasan sekitarnya masih KEKAL terikat kepada Arahan Pelaksanaan Aktiviti Pengimarahan Secara Terhad seperti Titah Perutusan terdahulu [MAIPs.100 – 6 Jld 7 (113)] pada 1 Ogos 2021 iaitu dengan dihadkan jemaah kepada 12 orang terdiri daripada AJK Masjid dan ditambah Syarat LENGKAP Suntikan Vaksin. Masjid-masjid terlibat adalah seperti berikut:
i. Masjid Rahmaniah, Kuala Perlis;
ii. Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai;
iii. Masjid Terapung Al-Hussain;
iv. Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan;
v. Masjid Al-Munir, Jalan Batu Lima;
vi. Masjid Al-Mukminin, Kota Kayang
 
3- Sebagai langkah kawalan dan penyelarasan, TIADA SURAU atau tempat solat umum/awam yang dibenarkan untuk dibuka termasuk Agensi, Institusi, Parti, Maahad Tahfiz dan sebagainya melainkan dengan kebenaran khas daripada pihak MAIPs melalui JAIPs.
 
B- SYARAT KEHADIRAN PEGAWAI BERTUGAS & JEMAAH
 
4- Sebagai langkah kawalan, hanya anak kariah yang telah divaksin LENGKAP dibenarkan hadir ke masjid.  (Maksud Divaksin Lengkap adalah selepas 14 hari dari tarikh suntikan Dos KEDUA bagi vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca, dan Sinovac. Manakala bagi vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino adalah selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan Dos).
 
5- Kecuali bagi Petugas, adalah dilarang daripada keluar kariah untuk menunaikan solat atau hadir mengimarahkan masjid di kariah lain. 
 
6- Walaupun melengkapi syarat di atas, Pegawai Bertugas dan Jemaah Masjid turut DILARANG untuk hadir ke masjid sekiranya terdiri daripada golongan seperti berikut:
a) Mereka yang terlibat dengan aktiviti rentas sempadan / negeri sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran termasuk yang berulang alik bekerja pada setiap hari walaupun telah lengkap 2 dos suntikan vaksin.  Larangan ini adalah selama tempoh 2 minggu daripada tarikh merentas sempadan. 
b) Ahli keluarga mereka yang tinggal bersama dengan golongan yang melakukan rentas sempadan, melainkan ahli keluarga yang telah lengkap 2 dos suntikan vaksin. 
c) Golongan yang berstatus PUI (Person Under Investigation), PUS (Person Under Surveillance) dan mereka yang memiliki risiko untuk dijangkiti.
 
7- Semua yang hadir hendaklah mematuhi segala SOP Keselamatan dan Kesihatan seperti berikut:
a) Memakai pelitup separuh muka. (Digalakkan memakai 2 pelitup muka [double face masks] serta ditambah baik dengan pemakaian bersama pelindung muka [face shield]);
b) Membawa sejadah sendiri bersaiz standard;
c) Mengambil wuduk sebelum ke masjid;
d) Mengimbas suhu badan dan melaksanakan rekod penjejakan sosial (mengimbas Kod QR Aplikasi MySejahtera atau mendaftar pada buku yang disediakan). Pematuhan terhadap SOP ini adalah diperketatkan.
 
C- AKTIVITI PENGIMARAHAN YANG DIBENARKAN
 
8- Bagi tujuan kawalan, hanya aktiviti Solat Fardu 5 Waktu dan Solat Jumaat SAHAJA dibenarkan.
 
9- Aktiviti lain seperti kuliah agama dan ceramah adalah ditangguhkan. Manakala Solat Jenazah yang terdiri dari kalangan petugas dan ahli keluarga terdekat tidak melebihi 12 orang adalah dibenarkan dengan syarat pematuhan ketat kepada SOP. Adapun selain daripada apa yang dinyatakan ini, TIADA sebarang aktiviti perkumpulan dan perhimpunan yang dibenarkan.
 
10- Sebagai alternatif, seluruh rakyat masih boleh meneruskan pengajian secara dalam talian.
 
11- Bagi mereka yang bermusafir, solat sebolehnya dilaksanakan di penginapan. Namun begitu bagi aktiviti musafir tanpa penginapan di Perlis, ruang solat disediakan di anjung luar masjid pada 3 waktu seperti berikut:
a) Jam 5.30 petang hingga 6.30 petang: Untuk Solat Jamak Taakhir Zohor dan Asar
b) Jam 9.30 malam hingga 10.30 malam: Untuk Solat Jamak Taakhir Maghrib dan Isyak.
c) Bagi Solat Subuh, ruang berkenaan disediakan pada jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi.
Para musafir hendaklah mematuhi segala SOP termasuk membawa sejadah sendiri serta menunaikan solat berjemaah yang terhad bilangannya 3 orang, dan hanya melibatkan mereka yang bermusafir dalam kenderaan yang sama SAHAJA.
 
12- Akad nikah boleh dilaksanakan di premis persendirian dan di Premis Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
 
D- TATACARA KETIKA DI MASJID
 
13- Semua jemaah hendaklah sentiasa melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 meter pada setiap masa. Pematuhan terhadap SOP ini adalah diperketatkan.
 
14- Tidak dibenarkan sebarang kontak fizikal seperti bersalaman.
 
15- Sebagai langkah kawalan, para jemaah diminta terus beredar setelah selesai melaksanakan aktiviti pengimarahan di masjid.
 
16- Pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi SOP. 
 
Harapan
 
Berhadapan situasi penularan yang semakin tersebar luas dalam komuniti, besarlah harapan saya agar seluruh rakyat yang dikasihi dapat mempertingkatkan kawalan kendiri demi menjamin keselamatan dan kesihatan masyarakat secara umumnya. Teruskan berikhtiar dan memperteguhkan berdoa kepada Allah Azza Wajalla agar segala kesulitan yang dihadapi ini segera pulih dan keadaan kembali seperti sedia kala.
 
MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
1 KURUN MAIPs (1920): MENGUKUH QIADAH, MENGISLAH UMMAH
 
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Doctor of Education (Honoris Causa) La Trobe University, Melbourne, Australia
Honorary Doctorate In Management Science, Yala Rajabhat University, Thailand
Raja Muda Perlis
 
Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
 
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis
 
Bertarikh : 14 Ogos 2021 bersamaan 5 Muharram 1443H
 
437027bd c33b 4fec 91df e4ec8697b642a8acea0f a675 4b66 9244 24ca47bd2fb85c51a11f e7b5 438b b274 7c75cc608ea2

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 701
Semalam 982
Minggu Ini 2773
Bulan Ini 20669

Keseluruhan 3092962

   Masa Capaian : 0.78 saat    Kemaskini :  09/12/2024