12 Ogos 2021 -Telah diadakan Kuliah Maghrib Mingguan Siri 162 secara bersemuka yang berlangsung di Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Kuliah secara bersemuka telah mula dijalankan di negeri ini sejak Negeri Perlis beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Kuliah ini merupakan kuliah mingguan yang diadakan setiap hari Khamis selepas solat Maghrib.
Kuliah yang disampaikan oleh YBhg SS.Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis ini berpandukan Kitab Bulughul Maram.
Kuliah ini telah dihadiri oleh jemaah tempatan dengan pematuhan SOP yang ketat.
Di akhir kuliah tersebut, para jemaah berkesempatan untuk mengemukakan sebarang kemusykilan berkenaan agama kepada Ybhg. Sahibul Samahah Mufti Negeri Perlis. Kuliah ini juga boleh ditonton secara dalam talian melalui page Suara Sunnah Channel dan Promedia Tajdid.