• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

JK Fatwa Perteguh Tunjang Ahli Sunnah Wal-Jama’ah Di Perlis

71EA7124 863A 4C1E 96EA 5B1D50751A60

 

 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah banyak memainkan peranan bagi memperteguhkan dasar dan hala tuju pegangan agama Islam, corak pemikiran, amalan agama dan aspek pentadbiran yang bertunjangkan kepada Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama’ah di negeri ini.

Jasa dan peranan mereka yang terdahulu amatlah besar ertinya dalam meletakkan batu asas kepada perjalanan yang panjang ini. Peranan Institusi Fatwa ini terus cemerlang dan menjadi rujukan di peringkat kebangsaan hinggalah ke persada antarabangsa. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail setelah berkenan menyempurnakan majlis penandatanganan Sijil-Sijil Amalan Peguam Syarie bagi tahun 2021 yang diadakan di Istana Arau Perlis semalam.
 

Menurut baginda, di Perlis sudah menjadi tanggungjawab kepada Raja-Raja Wangsa Jamalullail untuk memastikan agama Islam dan Sunnah Rasulullah SAW terus subur. Tugas memelihara agama (Hirasah al-Din) merupakan tugas utama setiap ulil amri.

‘Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah suatu yang telah termaktubkan di dalam perlembagaan negeri Perlis. Perkara 5 menyebut agama bagi negeri adalah Agama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaa’ah seperti telah diamalkan di dalam negeri’.

Jelas Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs lagi, ‘Peranan institusi fatwa di negeri ini sangat penting dalam mengukuhkan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama’ah sejak dari dahulu hingga kini. Peranan ini diterjemahkan melalui penubuhan Jawatankuasa Syar’iyyah Negeri Perlis berdasarkan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Perlis 1963 dan bermula tahun 2010 dipinda menjadi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2006’.

Sumber : www.suaramerdeka.com.my

 

 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 62
Semalam 1090
Minggu Ini 1152
Bulan Ini 19048

Keseluruhan 3091341

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  09/12/2024