• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Titah Perutusan DYTM Tuanku Yang Dipertua MAIPs Berkaitan Pertambahan Bilangan Jemaah Untuk Solat Jumaat Dan Solat 5 Waktu Berjemaah Di Masjid-Masjid Seluruh Negeri Perlis Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ekoran COVID-19

TITAH PERUTUSAN DYTM TUANKU YANG DIPERTUA MAIPs BERKAITAN PERTAMBAHAN BILANGAN JEMAAH UNTUK SOLAT JUMAAT DAN SOLAT 5 WAKTU BERJEMAAH DI MASJID-MASJID SELURUH NEGERI PERLIS DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) EKORAN COVID-19


Syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaanNya, maka bumi Perlis yang dikasihi masih kekal sebagai negeri Zon Hijau yang paling kurang kes tidak melebihi 20 di mana kes positif terakhir yang dimasukkan ke wad dicatatkan adalah pada 7 April 2020 yang lalu. Keringat pejuang barisan hadapan, dan kejituan kerjasama seluruh rakyat telah menjadikan Perlis masih kekal tidak mencatatkan penambahan kes baharu selama tempoh 54 hari.

Atas keperihatinan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah mengambil kira soal pelaksanaan syiar dan syariat beserta dengan maqasid agama dalam menjaga nyawa dan kesihatan, maka Baginda telah memperkenankan perkara-perkara berikut:

1- Jumlah jemaah di Masjid seluruh Negeri Perlis:

a. Bagi Solat Jumaat dipertingkatkan kepada 30 orang bermula 5 Jun 2020.

Jumlah tersebut berkemungkinan ditambah pada jumaat-jumaat berikutnya secara berperingkat berdasarkan kepada pemakluman MAIPs dari masa ke semasa mengambil kira ketetapan terkini pihak Kerajaan Malaysia.

b. Bagi solat 5 waktu dipertingkatkan kepada 12 orang bermula 5 Jun 2020.

c. Selain bilangan di atas, maksima 2 petugas PDRM yang menjalankan tugas mengawal turut diberikan kebenaran untuk turut serta menunaikan solat jika keadaan terkawal.

2- Mekanisma pemilihan jemaah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dengan mengambil kira lokaliti setempat dalam sesuatu kariah. Jemaah yang tidak terpilih perlu akur kepada pemilihan yang dilaksanakan menurut kaedah yang diputuskan.

3- Demi menjaga kemaslahatan dan keselamatan bersama, kelayakan jemaah yang dibenarkan hadir setelah dipilih hendaklah melengkapi syarat seperti berikut :

a. Berusia antara 18 hingga 59 tahun.

b. Tidak mempunyai gejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak dan selsema.

c. Tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan serius lain yang berisiko seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan sebagainya.

d. Tidak mempunyai sejarah perjalanan ke tempat yang disenaraikan terlarang, rentas negeri dari zon merah, dan tiada kontak rapat dengan individu yang dijangkiti wabak COVID-19.

4- Setiap jemaah yang hadir DIWAJIBKAN untuk melaksanakan kelaziman baharu seperti berikut:

a. Membuat pemeriksaan suhu badan di tangga masjid, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran bagi tujuan penjejakan sosial.

b. Melaksanakan penjarakan sosial termasuk semasa solat (Sekurang-kurangnya 2 meter).

c. Memakai pelitup muka (face-mask) termasuk ketika menunaikan solat.

d. Mestilah berwuduk terlebih dahulu sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah sendiri.

e. Tidak melakukan kontak fizikal seperti berjabat tangan, berpelukan dan sebagainya di masjid samada sebelum atau selepas solat serta terus beredar setelah selesai solat.

5- Tempoh had masa bermula azan hingga selesai solat dibenarkan seperti berikut :

a. Solat Jumaat adalah 15 minit sahaja.

b. Solat 5 waktu adalah 10 minit sahaja.

6- Diutamakan untuk dilaksanakan di kawasan yang lebih terbuka seperti di anjung masjid.

7- Aspek penjagaan kebersihan kawasan masjid seperti melakukan penyahkuman hendaklah diberikan perhatian oleh pihak Masjid demi menjaga keselamatan dan kesihatan anak jemaah.

8- Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid untuk memastikan segala peraturan yang dinyatakan dilaksanakan dengan sebaiknya.

9- Pelanggaran pada mana-mana peraturan yang telah dinyatakan boleh menyebabkan kebenaran dan kelonggaran ini ditarik semula demi kepentingan bersama.

Menyedari bahawa ancaman penularan Covid-19 dijangka akan berlarutan ke suatu tempoh yang tidak singkat, maka semasa kita menunaikan syiar agama, adalah menjadi kewajipan untuk kita sama-sama mengambil langkah-langkah bagi memelihara nyawa dan kesihatan yang juga merupakan tuntutan agama.

Langkah berjaga-jaga bukan hanya dipraktikkan di masjid, namun hendaklah menjadi amalan secara menyeluruh sepertimana yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Pencapaian yang perolehi selama ini, bukanlah satu alasan untuk kita mengambil mudah, malah ianya adalah merupakan satu fardu ‘ain untuk bertanggungjawab menjaga nikmat kesihatan dan kesejahteraan yang telah Allah kurniakan.

MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH

SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Raja Muda Perlis

Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis

Bertarikh : 1 Jun 2020 bersamaan 9 Syawal 1441H

 

102408744 2527757437538223 3690817508014555136 o101634387 2527757430871557 3031412227031695360 o82935515 2527757497538217 3805693520811917312 o

 

 

 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 724
Semalam 982
Minggu Ini 2796
Bulan Ini 20692

Keseluruhan 3092985

   Masa Capaian : 0.89 saat    Kemaskini :  09/12/2024