10 Mac 2020- Jabatan Mufti Negeri Perlis telah memaklumkan kepada orang ramai berkenaan penangguhan Perkampungan Sunnah Siri 7/2020 yang dijadualkan akan diadakan pada 10-12 April 2020 (Jumaat-Ahad) bertempat di Masjid Alwi Kangar Perlis.
Penangguhan ini adalah untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku disebabkan isu Coronavius (Covid-19). Sehubungan itu, dinasihatkan kepada semua agar menjaga kesihatan dan kebersihan diri bagi membendung isu ini.