KANGAR - Pemberian zakat kepada orang bukan Islam di Perlis hanya melibatkan golongan yang berjinak-jinak dengan Islam.
Menurutnya, fatwa itu diputuskan selepas mengambil kira pendapat dalam kalangan ahli fekah dan bukannya fatwa rekaan baharu.
"Tujuan berbuat demikian adalah untuk melembutkan jiwa orang bukan Islam kepada ajaran Islam yang baik dan harmoni selain sebagai agenda dakwah," katanya ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis Kangar hari ini.
Ruzaini berkata, pemberian zakat kepada golongan bukan Islam ini tidak akan menjejaskan agihan kepada asnaf yang sentiasa diutamakan oleh pihak pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis.
"Agihan kepada mereka yang bukan Islam hanya melalui program-program penerangan Islam yang dijalankan," katanya.
Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sewaktu kuliahnya di Masjid Alwi menyebut Perlis adalah satu daripada negeri yang meluluskan fatwa membolehkan wang zakat diberi kepada bukan Islam mengikut asnaf ‘muallafah qulubuhum’; iaitu golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.
Mohd Asri berkata, golongan bukan Islam hanya layak menerima bantuan dengan syarat ditentukan oleh pemerintah.
-Sinar Harian-