• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Mufti Negeri Perlis Terima Kunjungan Hormat Pertubuhan Kebajikan Asy-Syafie Pulau Pinang

Mufti Negeri Perlis Terima Kunjungan Hormat Pertubuhan Kebajikan Asy-Syafie Pulau Pinang

Bukit Keteri, 12 Oktober 2025 – Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Kebajikan Asy-Syafie dari Pulau Pinang dalam satu pertemuan penuh mesra dan bermakna yang berlangsung di Teduhan Doa, Bukit Keteri.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Tuan Haji Nazari bin Ismail, bersama 15 orang ahli pertubuhan terdiri daripada para aktivis dakwah dan pencinta ilmu yang komited dalam memperkasa gerakan dakwah serta kebajikan masyarakat.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai, menyentuh pelbagai topik penting termasuk cabaran semasa dalam kerja dakwah, pendekatan berhikmah dan berhemah, serta kepentingan istiqamah dalam menyampaikan ilmu dan kebajikan kepada masyarakat.

Dalam kesempatan itu, Pertubuhan Kebajikan Asy-Syafie turut menzahirkan penghargaan dan rasa hormat kepada Mufti Negeri Perlis atas kesudian menerima kunjungan tersebut serta pandangan bernas dan inspirasi yang dikongsikan sepanjang sesi pertemuan.

Kunjungan seumpama ini diharap dapat menjadi wadah memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekali gus memperkasa usaha dakwah yang lebih tersusun dan berkesan di seluruh negara.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 160
Semalam 743
Minggu Ini 903
Bulan Ini 16288

Keseluruhan 3322346

   Masa Capaian : 0.88 saat    Kemaskini :  17/10/2025