• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Kunjungan Hormat Menteri Sumber Manusia Ke Atas Mufti Negeri Perlis

Kunjungan Hormat Menteri Sumber Manusia Ke Atas Mufti Negeri Perlis

Bukit Keteri, 11 Oktober 2025 – Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Steven Sim Chee Keong, hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, di kediaman beliau di Bukit Keteri.

Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi YB Menteri ke Negeri Perlis, bertujuan memperkukuh hubungan antara kementerian dengan institusi agama serta membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan pembangunan modal insan dan kesejahteraan masyarakat.

Ketibaan YB Steven Sim disambut mesra oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis bersama beberapa pegawai kanan Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs). Pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh keakraban itu menyaksikan pertukaran pandangan serta idea mengenai potensi kerjasama strategik dalam memperkasa nilai kerja berintegriti dan berakhlak tinggi dalam kalangan masyarakat.

YB Menteri turut menzahirkan penghargaan atas kesudian Sahibus Samahah menerima kunjungan tersebut serta berkongsi pandangan yang bernas dalam pelbagai aspek pembangunan insan.

Kunjungan hormat ini mencerminkan pendekatan terbuka dan inklusif Kementerian Sumber Manusia dalam merangkul pelbagai pihak berkepentingan, termasuk institusi agama, demi memperkukuh dasar dan amalan pembangunan negara berteraskan nilai moral dan kemanusiaan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 159
Semalam 743
Minggu Ini 902
Bulan Ini 16287

Keseluruhan 3322345

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  17/10/2025