• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Kenyataan Rasmi DYTM Tuanku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Ekoran Penahanan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Oleh Pihak Zionis

Kenyataan Rasmi DYTM Tuanku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Ekoran Penahanan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Oleh Pihak Zionis
Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bil. 5/2025 yang bersidang pada hari ini, 2 Oktober 2025 telah membincangkan mengenai perkembangan terkini yang berlaku ke atas para Sukarelawan Global Sumud Flotilla di persempadanan Gaza, Palestin.
 
Seluruh dunia sedang mengikuti rapat perkembangan semasa di Gaza yang kini menjadi perhatian semua pihak, khususnya berkenaan tindakan pihak Zionis yang menahan beberapa sukarelawan kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Palestin.
 
Adalah tidak wajar sama sekali bagi sukarelawan yang menghulurkan bantuan kemanusiaan ditahan dan dihalang daripada melaksanakan misi mereka. Lebih mendukacitakan lagi sekiranya diperlakukan apa yang tidak sewajarnya. Tindakan ini jika benar, jelas bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan prinsip hak asasi manusia.
 
Di negeri Perlis tercinta, seluruh masjid telah melaksanakan bacaan Qunut Nazilah sejak 8 April 2025 sebagai tanda solidariti dan doa kepada saudara-saudara kita di Palestin. Sayugia MAIPs menyeru agar umat Islam, khususnya rakyat Perlis, terus memperteguhkan doa, memperbanyakkan amal soleh, serta bersatu hati dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas.
 
MAIPs juga menyeru seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama dan negara agar berusaha sedaya upaya memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan selamat, tanpa sebarang sekatan atau penindasan, demi menyelamatkan nyawa dan meringankan penderitaan rakyat Palestin.
 
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan kemenangan kepada umat Islam di Palestin, serta melindungi para sukarelawan yang berjuang demi kemanusiaan.
 
MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
1 KURUN MAIPs (1920): MENGUKUH QIADAH, MENGISLAH UMMAH
 
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI 
TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T. 
Doctor of Education (Honoris Causa) La Trobe University, Melbourne, Australia
Honorary Doctorate In Management Science, Yala Rajabhat University, Thailand
Doktor Kehormatan (Doctor Honoris Causa / Dr. H. C.) Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara, Indonesia
Raja Muda Perlis
Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis 
 
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA 
 
Bertarikh: 2 Oktober 2025
 
--------------------
 
OFFICIAL STATEMENT
BY HIS ROYAL HIGHNESS THE CROWN PRINCE AS CHAIRMAN
PERLIS ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL AND MALAY CUSTOMS (MAIPs)
FOLLOWING THE DETENTION OF GLOBAL SUMUD FLOTILLA VOLUNTEERS BY ZIONIST AUTHORITIES
 
The Meeting of the Perlis Islamic Religious Council and Malay Customs (MAIPs) No. 5/2025, convened today, 2 October 2025, has deliberated on the latest developments concerning the Global Sumud Flotilla volunteers at the Gaza border, Palestine.
 
The whole world is closely following the situation in Gaza, which has now become the focus of global attention, particularly regarding the actions of the Zionist authorities in detaining several humanitarian volunteers who were carrying aid for the people of Palestine.
 
It is utterly unacceptable for humanitarian volunteers extending aid to be detained and obstructed from carrying out their mission. Even more distressing would be if they were subjected to mistreatment. Such actions, if proven true, are clearly against universal humanitarian values and the principles of human rights.
 
In our beloved state of Perlis, all mosques have been performing Qunut Nazilah since 8 April 2025 as a sign of solidarity and prayers for our brothers and sisters in Palestine. Accordingly, MAIPs urges Muslims, particularly the people of Perlis, to continue strengthening their prayers, multiplying good deeds, and uniting wholeheartedly in supporting the struggle of the oppressed people of Palestine.
 
MAIPs also calls upon the entire world regardless of race, religion, or nation to make every possible effort to ensure that humanitarian aid can be delivered safely, without obstruction or oppression, in order to save lives and alleviate the suffering of the Palestinian people.
 
May Allah the Almighty grant strength, patience, and victory to the Muslims in Palestine, and protect the volunteers who are struggling for the sake of humanity.
 
UPHOLDING THE SYIAR, ADVANCING THE UMMAH
A CENTURY OF MAIPs (1920): STRENGTHENING LEADERSHIP, REFORMING THE UMMAH
 
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI
TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Doctor of Education (Honoris Causa), La Trobe University, Melbourne, Australia
Honorary Doctorate in Management Science, Yala Rajabhat University, Thailand
Doctor Honoris Causa /Dr. H. C. Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara, Indonesia
Crown Prince of Perlis
Chairman
Perlis Islamic Religious Council and Malay Customs (MAIPs)
 
Issued at Istana Arau
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
 

Dated: 2 October 2025

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 160
Semalam 743
Minggu Ini 903
Bulan Ini 16288

Keseluruhan 3322346

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  17/10/2025