• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Perkhemahan Sunnah Muslimah 2025 Meriah Di Nakawan Base Camp

Perkhemahan Sunnah Muslimah 2025 Meriah Di Nakawan Base Camp

Kangar, 28 September 2025 – Perkhemahan Sunnah Muslimah 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 27 hingga 28 September 2025 di Nakawan Base Camp, Bukit Ayer, Perlis telah berjaya menghimpunkan lebih 250 peserta daripada pelbagai latar belakang. Program anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis ini bertujuan memperkukuh kefahaman sunnah dalam kalangan muslimah serta membina ukhuwah berteraskan ilmu, ibadah dan riadah.

Sepanjang perkhemahan, peserta berpeluang menyertai pelbagai slot menarik termasuk slot bersama Asatizah, Klinik Ilmu, serta aktiviti riadah yang mengukuhkan semangat kerjasama dan disiplin. 

Perkhemahan ini turut diserikan dengan kehadiran YAM Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, yang berkenan hadir menyertai aktiviti outdoor bersama Rejimen 504 Askar Wataniah, sekali gus menzahirkan sokongan berterusan terhadap usaha dakwah berteraskan sunnah.

Kemuncak perkhemahan ialah Malam Campfire bersama Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, yang telah menyampaikan amanat penuh hikmah, menyentuh tentang kepentingan muslimah berpegang kepada ajaran Islam yang murni, berperanan mendidik generasi serta menyebarkan mesej dakwah secara hikmah di tengah masyarakat.

Majlis penutup perkhemahan disempurnakan oleh Sahibul Fadilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, yang menegaskan pentingnya kesinambungan program berbentuk tarbiah bagi melahirkan muslimah solehah yang berilmu. Turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, YBhg. Encik Ag. Shaffie bin Ag. Ahmadni, yang menzahirkan penghargaan kerana memilih Nakawan Base Camp sebagai lokasi strategik dalam menyemarakkan aktiviti dakwah dan pemeliharaan alam sekitar. Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Puan Maizura binti Shamsuddin.

Penganjuran Perkhemahan Sunnah Muslimah 2025 ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk memperkasa peranan muslimah dalam masyarakat, seiring visi Negeri Perlis sebagai negeri yang memartabatkan sunnah dalam setiap lapisan kehidupan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 156
Semalam 743
Minggu Ini 899
Bulan Ini 16284

Keseluruhan 3322342

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  17/10/2025